GERBANG 5S SMT KLANG
Mari berkongsi gambar dan idea pelaksanaan 5S ditempat anda
Thursday, 15 December 2011
5S DI SMT KLANG
Sepintas lalu pelaksanaan 5s di sekolah menengah teknik klang
Amalan 5s di semua Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah diperkenalkan oleh Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional (bptv) selaku satu bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengawalselia semua Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di Malaysia sekitar tahun 2009. Sehubungan itu semua Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional digalakkan menerapkan amalan 5s disekolah masing-masing.
Bagi Sekolah Menengah Teknik Klang, usaha untuk melaksanakan amalan 5s ini gerakkan mulai julai 2010 dengan pelancaran 5s peringkat sekolah, selepas itu berbagai usaha digandakan untuk memenuhi pelaksaan amalan ini termasuklah lawatan bench marking kebeberapa sekolah dan syarikat yang telah pun mendapat pengiktirafan 5s.Sehinggalah pada bulan april 2011 Sekolah Menengah Teknik Klang telah dimasukkan kedalam Program Kecemerlangan Pendidikan 5s oleh MPC. Mulai dari bulan itu pihak Sekolah Menengah Teknik Klang telah mendapat nasihat dan sokongan penuh dari MPC melalui pegawainya iaitu En Mustafa b. Sufaat , satu yang menarik tentang program ini ialah pihak Sekolah Menengah Teknik Klang tidak dikenakan sebarang bayaran. Selain dari Sekolah Menengah Teknik Klang terdapat 3 buah sekolah lain disekitar Klang telah menyertai program tersebut.
Kemuncak dari usaha ini maka pihak Sekolah Menengah Teknik Klang , setelah dilakukan Pra Audit Persijilan oleh Konsaltan 5s sekolah iaitu En Mustafa b. Sufaat sebanyak 3 kali,maka kami telah mengundang juruaudit dari MPC untuk melakukan audit di Sekolah Menengah Teknik Klang.Maka pada tarikh keramat iaitu jumaat 18 November 2011 pihak MPC melalui wakilnya iaitu En Ismail b. Mohd Nor telah datang ke Sekolah Menengah Teknik Klang untuk melakukan audit. Komitmen dari guru yang menunggu sehinga kesebelah petang sedangkan telah tamat waktu persekolahan pada tengahari amatlah dibanggakan. En Ismail b. Mohd Nor telah menghabiskan masa dari pukul 8.00 pagi sehingga ke 4 petang untuk melawat keseluruhan prasarana sekolah bagi tujuan pengauditan.
Tepat pukul 4 petang semua guru, pihak pengurusan sekolah dan audit MPC berkumpul dibilik mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Klang bagi mendengar rumusan dari pihak audit. Syukur alhamdulillah Sekolah Menengah Teknik Klang telah mendapat sijil penuh 5s dengan markah 90% dan penarafan 5 bintang. Dan dengan rasminya Sekolah Menengah Teknik Klang telah menjadi Sekolah Menengah Teknik pertama mendapat persijilan 5s.Ini telah diakui sendiri oleh En Ismail b. Mohd Nor setelah mendapatkan pengesahan dari Ketua Pengarah MPC
GIMIK SAMBUTAN HARI GURU NEGERI SELANGOR 2009
Gimik Hari Guru ini telah dipersembahkan oleh guru-guru Sekolah Menengah Teknik Klang bagi majlis perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor pada tahun 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)